nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Wednesday, January 20, 2016

Cuti-cuti malaysia- The Grand Beach resort Port Dickson


Hiii Beb,
post ini akan mengandungi berlambak-lambak gambar,
jadi sila jangan muak ok.. hihihi
cuti skolah lepas, 
korang gi mana..?? aku and family ke P.D je,
memang nak cari tempat yang dekat dan best...
pilih punya pilih dlm trivago, kami decided utk ke hotel The Grand Beach resort

Perjalanan dari KL ke P.D dekat je la kan,
dalam pencarian ke hotel kami,
singgah la dulu ke Muzium Tentera di P.D juga,
agak luas, sorry kami tak masuk semua tempat, 
sebab panasnya lain macam haritu,
Baby Faiqa lak dah macam merengek2, 
sebab eczema dekat leher dia tu merah2 balik..

sayanggg sungguh,
serius, kami sekeluarga memang suka melawat tempat2 bersejarah mcmni,
tapi apa kan daya, semua dah macam tak selesa sebab faiqa merengek..

jom layan gambar sikit

ni kat pintu masuk parking ada keretapi...


nampak tak kereta kat belakang tu, 
best jugak kalau dapat sebijik..
kehkehkeh


Hajat kami dapat masuk terowong kubu bawah tanah ni pun dah puas ati dah



Dok dalam terowong ni baru la Faiqa senyap sikit..
selesa kot,






Enjin jet kot, aku pun lupa apa ntah menda ni..



Posing kami sefamily...
tq abg buat air sebab tolong ambilkan.. :p


kat tepi building muzium ni ada taman kecik,
ada walkway ni laluan dr pokok ke pokok,
seronok juga..
seronok pada siapa yg tak gayat la..



memula bawa faiqa masa laluan yg pertama, 
pastu tgk lain mcm je,
so aku patah balik la, 
susah bawa baby kat atas tu melalinkan ko bawa baby carrier



Makan tghri di asam pedas apa ntah dekat sebelah sate hj samuri,
mahal, tapi sedap gile, aku dgn asben hirup sampai licin..

ok, tgk baby faiqa terpaksa dibogelkan,
lumur bedak banyak2,
dia dok garu2 gatal eczema dia


Taraaa, ni bilik kami di Grand Beach Resort
senang nak cari hotel ni lain dr yang lain..
ada bumbung minangkabau
aku tak snap la plak gambar depan hotel tu,
korang google je la eh


Katil super single 2..


Dirapatkan jadi katil
super Queen,
yang muat kami 5 beranak..

asalnya nak amik tilam tambahan,
pastu, pikir nye pikir,
tak jadi la plak..


ini la kegemaran anak2 aku,
kalau jumpa je bath tub, semua jadi jakun..


apa yg best di hotel ni..??
ada pool yang selesa..
kolam kanak2 dan dewasa berasingan
dan ada private beach yang best dan boleh mandi






sukanye la hai budak busyukk ni..



boring mandi kolam,
jalan tepi pantai lak,
main pasir pantai..


baby faiqa dah sejuk,
tapi degil taknak naik lagi..

ok,
ini je gambarnya,
nanti upload utk cerita lain lak di P.D
takleg nak gambar byk2,
tak fokus nak main2 dgn anak2..
hp haruslah di simpan kan...

p.s: bersambung ke osthrich farm lak ye nanti

No comments:

Post a Comment

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK