nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Thursday, August 6, 2015

indahnya ramadhan..

aik, baru nak cerita ramadhan ke makcik..??

hahaha.. aku kekadang lupa yg aku ada diary online iaitu blog aku ni,
ruginya aku tak update apa2 sebab inilah rujukan anak2 aku di masa akan datang..

apa cerita ramadhan kami..??

PUASA
macam biasa, tapi anak2 aku dah puasa penuh..
kot ada yang heran, anak2 aku dah 10 tahun dan 8 tahun, apa yang nak dibanggakan dengan puasa penuh..??
ada anak kawan aku 4 tahun pun dah puasa penuh,
yes aku memang tak suruh anak2 aku puasa penuh selagi anak aku tak solat dengan baik..
alhamdulillah, tahun ni tahun yang baik bila anak2 aku dah puasa penuh tanpa meninggalkan solat walau satu waktu pun..
dan Ilham berganjak dari bulan ramadhan tu, hinggalah harini still tak tinggal solat lagi, 
bila aku bwk dia jalan2, dia sendiri yang akan ingatkan aku, 
"cepat la mak beli barang tu, kita kan tak solat lagi"..
anyway ini adalah permulaan anak2, mak harap anak2 mak tidak akan meninggalkan solat dengan sengaja tanpa alasan yang munasabah sepanjang hayat mereka..


KUIH RAYA
Aku memang jarang beli biskut raya, mahall oooooo,
bajet la weh, gaji aku ciput je,
so tahun ni aku buat 6 jenis biskut raya
biskut aiskrim nestum


chef cilik yang tak jemu membantu..

taraaaa... 
ini antara hasilnya..


BERBUKA PUASA

Tiap-tiap ari aku masak je,
tapi Mr.T tak boleh buka puasa kalau takde kuih muih
so, Mr.T memang akan beli kuih feberet sekeluarga iaitu tepung pelita,
yang lain2 aku masak macam biasa,

tapi ada hari juga yang kami berbuka diluar,
ubah selera tekak,

sekali ni dekat Seri Pasific Hotel
Makanan sedap2,
sampai aku terlupa nak tangkap gambar banyak2.. hahaha




Geram aku tengok muka Faiqa masa tu,
Faiqa baik je dalam baby chair tu.. SEBAB..???
sebab kalini mak dia bagi dia makan sendiri, 
dan dia syok makan sepah2 kan makanan dari banyak masuk dalam mulut dia,
so, tu yang dia boleh ralit dok dalam baby chair tu lelama..


Lagi sekali dekat De Palma Hotel
buka puasa dengan kawan2..

Makan besar nampak.. hahaha
bawak mak dengan adik sekali seronok2,..
de palma ni punya lah banyak makanan sampai pening aku nak makan apa..
last skali, bila balik umah baru rasa nyesal, 
benda tu tak amik, menda ni tak amik..huhuhu


KISAH SAHUR

Tahun ni memandangkan anak2 puasa betul,
so kenalah makan nasi setiap kali sahur..
aku tak makan pun,
minum air je, diet.. hahaha
just teman Mr. T dan anak2 makan,
tapi yang pasti tiap kali sahur, bukan aku yang paling sibuk di dapur,
tapi si kenit Faiqa tu.. alahai,
ada sekali je kami sahur dia tak terjaga,
sampai kami pun heran, hari lain, jangan harap lerrr

gambar budak tecik tak reti duduk diam ni..
apsal muka awak nampak macam di makeup ha dalam gambar ni..???
Mak pun heran..


KASUT RAYA

Tahun ni tema baju peach,
(gambar tempek dalam post raya la eh)
tahun ni beli kasut dekat Jelly Bunny..
aku suka kasut getah macam ni,
tahan lasak memandangkan aku gi kerja pun naik superbike
kalau pakai kasut biasa, asik terputus je, so, kasut getah ni menang tahan lasak..


yang hitam tu kasut Fatihah,
anyway aku seram tengok kaki dia darjah 4 dah nak sama saiz dengan aku yang 36 tahun ni..
aku rasa dalam setahun dua lagi kami dah leh share kasut dah..
time tu maunye aku kompius, ni kaki ke kapal ni...?? hahahah


RAYA
so, cerita raya kita cerita dalam post raya la pulak eh,
tapi just nak cakap yang tahun ni kami raya kam[pung MrT Johor..
kat mana pun aku tak kisah,
semuanya pun best..

bersambung..

3 comments:

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK