nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Monday, December 8, 2014

Petua naikkan selera anak - Mandi air daun kucai

Salam..

Geng pernah tak ada masalah, anak susah nak makan,
aku dah dua kali, 
pertama abg Ilham,
yang ni kedua Faiqa pulak.. 
kakak Fatihah nya dulu, kuat makan pulak,
sampai mak kena guide takut dia jadi obes..

Peel malas makan ni jadi kat Ilham dan Faiqa,
dan kebetulan dua2 anak ni lahir 4kg ketas pulak tu,
masa lahir punyalah bombom
Tetiba skrg dah cekeping pulak,

dah mcm2 aku cuba,
bagi vitamin, tak jalan, itu tak jalan,ini tak jalan,
chek google, tgk mandikan anak dgn daun kucai..
so, apa lagi, 
jom kita buat..

Pada yang tak tau,
ini daun kucai,
aku beli kat Sogo ni,
ngebat mak eh, daun kucai pun beli kat sogo,
just nak crita sbnrnya, yang kalau kat sogo pun ada jual,
sure kat pasar2 basah ada punya..
hihihi

potong2 rendam dalam bekas dalam stgh jam..


ramas sepenuh hati..hihihi


Tapis then buang kucai yg dah lembik tu,
ikut la korang nak buat apa,
kot nak rolling balik letak dlm cucur ke,
aku buang je, malas nak pikir..


ini hasilnya...

Cara mandikannya :

memula mandikan anak mcm biasa,
sabun syampoo bagai suma,
bila anak dah bersih,
baru jirus perlahan2 dari kepala hingga kaki dgn air kucai ni,
lepas tu jangan lap
biarkan air tu kering sendiri..


jom kita tengok Faiqa Mahirah dulu dan sekarang..

geramnya mak dgn dia,
lahir 4.1kg in 37 weeks, 
tembam kan,
itu kira tak cukup bulan tu
kalau jejak 40 weeks maunya 5kg kot..!!


Masa warded dek Jaundis..



Masa ni baru lahir 3 hari,
tali pusat pun dok ada lagi
sampai doc cakap,
baby u ni baru 3 hari dah penuh baby cot ni..hihihi


Ini masa 4 bulan,
masih bombom lagi,


5 bulan, dah mula kurus..


budak ngada2.. skrg dah setahun..


nampak berbaju, mmg berisi, sebab pipidia kembung,
tapi kalau tengok dia tak pakai baju,
badan nampak mcm gitar,
dia susu kuat,
tapi makan taknak,

Hasilnya..??
alhamdulillah ada perubahan,
tak tau la kebetulan atau apa,
tapi sejak aku mandikan dgn air kucai ni,
nampak la dah mula nak makan sikit,
tapi dalam pada tu, vitamin aku still bagi
tak tinggal..
mungkin dua tu bergabung tu yang ada selera tu,
Vitamin apa aku bagi..??
mcm2 ada, appeton ada , mcm2 la ada je kat farmasi tu

P.s : Try and error, anak ni mcm2 kesesuaian, ada sesuai ini, ada yg sesuai itu, 
jadi mak2 kena try2 je, 
mandi air kucai ni pun kena buat dlm sebulan-dua bln sekali,
 bagi khasiatnya keep continuing..


6 comments:

  1. Replies
    1. ni utk anak2 tau.. kita dilarang sama skali cuba.. bahaya.... (huaaaa nanges, mak pulak nak susut badan)...

      Delete
  2. saya suka tuan blog memilih untuk mencuba cara yg lebih alami berbanding memakan ubat2 an semata2... mudah2an berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib ariyan- saya suka try and error.. petua org2 lama ni ada byk yg baiknya sebenarnya,.,. :)

      Delete
  3. Sama dgn anak saya. Lahit alhamdulilah 3.95kg, skrg dh 1thn setengah lgsg x nak mkn. Kurus dh. Boleh cuba ni

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK