nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Thursday, May 29, 2014

Persedian Solid Food Faiqa Mahirah - Gajet-gajet untuk solid food

Harini 29hb,
so secara official nya baby Faiqa dah 6 bulan..
yeahhhhhh,
mak suka lebih,
tapi dalam hati ada jugak rasa sedih,
macam cepat sangat lak Faiqa membesar,
nanti2 dia dah boleh berjalan,
mesti aku rindukan baby semula..
rindu bau baby,
rindu suara baby,
mulalah nak baby lagi time tu..hihihi

ok..ok..
memang aku dah stat kan Faiqa makan awal sminggu lebih
kalau tengok dalam ni
Faiqa dah makan dengan jayanya,
tapi apa yang mendokong kejayaan Faiqa itu..???
eceh bahasa jiwa bangsa tau..

meh kita layan,
gajet-gajet yang aku beli untuk menyambut 6 month solid food Faiqa ni
aku suka beli barang-barang yang murah,
tapi berkualiti,
buat apa nak membazir kan untuk barang-barang yang mahal,
padahal kita leh berjimat, dan duit tu boleh guna ke lain kan,
contohnya beli gaun2 princess untuk baby Faiqa.. eceh...

Blender Shake and Take 
aku beli RM 49.90 je
murah kan,
super cute,
senang nak bawak kemana2 sebab dia tak besar..

kegunaannya untuk blend puree baby
cute kan..
nanti bila baby dah makan tak berblend lagi,
boleh la mak pulak guna buat blend smoothie
konon mak nak diet kan..
hahaha..
verangan tak habis..



Heat sensitive spoon,
sudu yang boleh tukar warna bila makanan baby tu panas,
aku memang berkenan yang Tommee tippee yang explora tu,
tapi macam mahal je,
rasa sungguh bedo'oh sangat eh nak beli sudu seketul rm17
sib baik terjumpa sudu brand disney ni rm 6.90 je dua ni,
beli dekat manjaku
cute gak kan..



Food Storage,
brand Lava
pun beli yang biasa-biasa je
apple lady pun ada, elianware pun ada,
yang penting BPA Free,
so boleh terus panaskan frozen food dalam bekas ni..
cute lak tu warna dia..
3 bijik baru RM3.60
aku beli 9 bijik.. 
untuk diberi ke nursery,
supaya senang nursery panaskan terus 
rendam dlm air panas je


bekas dadih tu,
saje je beli,
sebab dia senang nak pop out kan makanan tu bila nak panaskan.
just tolak je kat bawah bekas tu,
makanan dah terkeluar
tapi take note eh, 
bekas dadih ni tak BPA Free so, 
kalau nak panaskan makanan jangan sekali-kali dalam bekas ni,
bahaya,
keluarkan dulu,
dan panaskan dalam bekas yang BPA Free



bekas makanan,
ni brand Fiffy,
ada dua kaler,
pink dan hijau,
berapa ntah aku lupa,
tapi yang pasti tak lebih rm10


dan yang bestnyer,
bekas ni bawah dia kecik,
besar tapak tangan je
so senang aku nak rendam separuh
bekas ni dalam air panas untuk cairkan makanan


Food Feeder
Brand Beeson
RM 19.90
kalau tak dan sangat dah nak buat puree,
boleh sumbat je fruit dalam puting tu,
then baby akan kuntah sampai hancur,
selamat, takde adegan baby akan tercekik atau sebagainya..
rasanya paling sesuai untuk bawak travel,
contohnya gi tesco ke, kita makan kat food court baby leh la gigit2 menda ni..



dan Bib baby..
aku suka beli yang plastik,
senang basuh,
comot,
cuci dengan liquid cleanser
jap je kering,
kalau kain susah la nak hilang kalau kena ngan kaler carrot ke purple yam ke


so, dok crita gajet dia jek,
jom layan cikit muka budak busyuk ni..


gigit2 pisang dalam food feeder..

tengok dia malas nak pegang,
dia nyonyot2 macam puting susu pulak


Dia kalau bab menggigit memang terbaik la,
penuh perasaan dia geget..,
habis sebijik pisang kat dia..
tak kenyang lagi,
nak pulak susu..
Faiqa oh Faiqa..


p.s : Barang Brand + kualiti yang baik + murah = terbaik,
buat apa nak cari yang mahal atas kualiti yang sama kan.. :) 









3 comments:

  1. btul tu. klu su pakai apa yg ada tmbh skit2 je. eh su beli shake and take tu rm69. mahal la pulak. huhu

    ReplyDelete
  2. skrg makin lama makin murah shake and take tu.. lnda beli dkt kedai yang tepi the mall tu..

    ReplyDelete
  3. eB x pernah buat sendiri... semuanya Oma yang buatkan... pemalas betol la kan? hu3

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK