nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Wednesday, May 14, 2014

Jenjalan hujung minggu- Midvalley

Semalam hari wesak,
anak2 dari hujung minggu aritu lagi dok bising nak keluar jelan-jalan,
aku pening gak,
pitih dah makin kurang, gaji next week,
nak jalan mana sangat eh,
bincang-bincang ngan asben,
jom jenjalan yang tak guna banyak duit.. hihihi..

Pagi keluar hajatnya nak jalan2 area tasik perdana jek,
memula gi mousedeer park,
masuk free eh, (kata nak bajet kan) ;)
dan yang paling penting Ilham suka,
dia memang peminat setia animal..
tapi tetgk alamak, banyaknya tangga,
mcmne nak bawak Faiqa dengan stroller nih,
so, abah je la turun bawah dengan anak2,
mak tunggu Faiqa dengan stroller je,
takde gambar, mousedeer sebab mak tak turun bawah,
aku tengok dari atas je, 
banyak la jugak mouse deer tu,
budak2 sukalah kan..

Faiqa Mahirah dah 5 Bulan 2 minggu, Yeahhhh


Dalam stroller tak diam dia,
asik2 nak pusing nak meniarap..
kalau dalam ambin/baby carrier baru ok, 
siap tido lena lagi..
tapi baby carrier tak boleh lelama pulak kan,
katanya, boleh membahayakan baby.

Tetiba,
apsal ada muka minah ni lak ..??



so,
Baru gi mousedeer park pun abah dah peluh2 layan anak2..
so, aku kata, jom gi midvalley je la,
ada Toy R us, Barbie butik, dan pet shop
tempat utama setiap kali gi midvalley


di Toy R Us,
suma hilang arah, suma panik kalau masuk,
baik anak, baik abahnya, eh maknya pun kot.. hihihi
suma benda nak terjah...

tapi biasalah, bila masuk Toy R Us,
mulalah ada adegan pujuk memujuk,
mak nak ni,
asik pujuk sangat nak dinosour ni,
aku janji nak belikan,
tapi dengan syarat mesti dapat no 1-5 exam next week.. :)
dia setuju,

dan memang betul, semalam balik je dari midvalley,
adik terus bukak buku dari petang sampai malam,
study..
good job nak..

then, kedai wajib lagi,
Barbie shop,
nak melayankan kakak,


(aku tak tangkap gambar pun, ni amik dari gugle)..

keluar barbie, gi Daiso jap,
ramai sangat orang, sampai tak nampak barang dah, 
kepala orang je penuh,
so malas lah,

layankan adik pulak,
kedai wajib untuk adik,

(Kredit to Gugle)
Pets Wonderland,
Ilham suka sangat masuk sini,
suka dari dia masuk Toy R Us tadi,
dia memang pencinta haiwan tegar

abah layankan Ilham

Mak Verangan selfie lagik..
Sila jangan muntah okay..

Suka gambar ni walaupun, tetiba ada 'Dog' kat tengah tu.. :)


so, lega dapat bawak anak2 gi jenjalan murah,
tak de bajet pun,
just bayar parking tiket je,
dan makan2 sikit...


hai la gaji,
cepat la engkau menjelma..
banyak menda dalam list wish ni..
hihihi..





No comments:

Post a Comment

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK