nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Tuesday, March 18, 2014

Baby kena jaundis

sambung lagi ..

selepas bersalin, aku kena tahan wad 2 ari, 
doc chek kot2 baby diabetes..

then, balik rumah sehari...

tak dan nak panas ponggong bak kata org tua2..

nurse dtg rumah,
pemeriksaan kat rumah, 
suruh aku gi KK segera, 
sebab baby nampak kuning,

gi KK setapak,
doc suruh warded hari tu jugak sebab bacaan kuning baby 290..
huaaaaaa...
nak nanges rasa..
baru sehari keluar wad..
masuk balik..

kalau korang nak tau, anak2 aku sebelum ni pun ada jaundis,
prolong jaundis, yg mana jaundisnya tak main la seminggu dua,
semua main sebulan dua punya..

so, anak kali ni, dari mengandung, aku dah amalkan mcm2 petua,
taknak bagi anak kena kuning,

tup2..
kena jugak..huhuhu..
nak wat mcmne, 
dah emak darah O kan..

sangat cimbom ..
padahal baru 4 hari lahir..
berat 4.6kg
sampai doc cakap,
anak u nih dah macam 3 bulan,
dah penuh baby cot..

dan 
baby lain,
jaundis berat susut,
cimbom tak,
berat makin naik pulak dalam wad tu.. hehehe




tengok, penuh baby cot kan..



petua2 merawat anak jaundis..??
aku mmg expert,
semua benda aku tau,
dan aku penah buat..
yelah, Ilham dulu,
penah kena warded dan ICU,
nak tukar darah bagai,
G6PD
dan jaundis dia 2 bulan baru hilang..
mau tak terer aku nih,
tapi mmmm, tak jalan..


kata doctor..
jaundis memang tak dapat lari, 
kalau ibu darah O, dan ayah darah A/B
baby mewarisi darah ayah,
duduk dalam rahim ibu..
so, panazzzzz..
buat lah apa pun, mmg tak dapat lari..

ubat yg paling mujarab,
susu ibu,
sumbat2,
paksa2 bagi,
walau anak tak nak dan kenyang dah..
bagi banyak2 supaya anak berak2 dan kencing2
itu je yang terbaik untuk kurangkan kuning anak..

dan alhamdulillah,
dalam sebulan lebih
prolong jaundis
berulang alik ke klinik amik darah tiap hari,
last clear jugak..
paling tak sabar tengok kat mata dia,
bila mata dia dah makin biru,
baru lah mak dah boleh tersenyum lega..







No comments:

Post a Comment

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK