nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Tuesday, June 18, 2013

Tihah di wad..

Hii,
cerita lama nih,
lebih kurang 3 minggu lepas..
tapi,
saya masukkan jugak, untuk keep as rekod..


memang 2-3 minggu tu hectic sangat,
dengan aku tak sihat,
telan apa pun tak leh masuk,
muntah2, terkulai jek..
so, memang byk la cuti/mc kat opis tu,

tetiba Ilham lak kena denggi,
berulang alik, gi hospital,
amik darah tiap pagi sebab platlet darah dia rendah sangat..

sian ilham,
lembik jek seminggu tu,
aku lak, dah la mmg diri pun dah tak daya,
gagahkan jugak demi anak2..
5 hari aku tak gi keja jaga ilham, dan berulang alik ke klinik amik darah..

sminggu kendian,
baru rasa nak bernapas semula,
tihah lak demam..
sebab aku dah asik cuti jek,
dan tak banyak cuti jek,
aku just bagi dia ubat klinik biasa jek,
tapi bagi punya bagi,
dah masuk hari ke 5 tihah still tak surut,
tetiba dia muntah2 dan cirit birit lak,

nak taknak kena lah cuti lagi,
bawak tihah ke HKL,
amik darah terus kena warded..
'ada kuman dalam darah'..


 asa ni lembik je tihah,
nak gi toilet pun tak daya..
tidur je dia..


 Tihah,
asik kena amik darah je lah,
4 jam skali amik darah,


semoga cepat sembuh..!!!
time nih dah kembali ceria,
ada party untuk kanak2 dlm hospital tu,
suka sgt bdk2 nih,
dr tersembab terbaring,
dpt hadiah, belon semua,
semua jadi segar..



banyak jugak jajan dia dapat masa party tu,
tapi yang tak bestnya,
ada parent yg tak bertanggung jawap skit,
dah nurse ckp,
hadiah tu untuk kanak2 yang di wad sahaja (pesakit),
kebetulan time party tu time melawat,   
jadi anak2 yang lain ramai la ada,
parent2 tu, gi soh anak2 yang sihat beratur skali,
budak2 sakit sure la beratur belakang2,
tak larat semuanya,
yang sihat2 yang tak sepatutnya ni dah pulun semua hadiah,
at last ramai budak2 sakit yang tak dapat,
aku tengok ada sefamily tu, amik sampai 6 set hadiah,
geleng kepala aku,
padahal mereka nampak dari keluarga yang sangat islamic,
bertudung labuh stokin semua,
anak kecil 3 tahun pun dah bertudung labuh,
sepatutnya lagi arif akan halal haram
bagi aku ntah lah, bagi anak makan bukan hak kita, 
merampas hak orang,
terutama hak anak2 yang sakit,
dah kira bagi anak makan makanan haram..
pastu siap bangga lg,
budak2 yg sakit ni tengok je sedih..
sib baik tihah dah cergas skit masa tu,
sempai la dia grap jugak hadiah..

takpelah,
cerita sisi je tu..
apa yang penting tihah dah sihat..
ramai jugak anak2 yang sudah berbulan di wad tu,
tak leh keluar2 lagi,
kesian aku tengok,
semoga Allah mudahkan segala urusan mereka,
dan tabahkanlah ibu bapa yang mempunyai anak2 yang sakit ini..
Rahmatilah kami semua Ya Allah.. amin.. 


p.s : thanks buat semua doc dan nurse di wad KK6 HKL, semua sangat baik.. semua menjalankan tanggungjawap dengan ikhlas dan ceria.. :)







5 comments:

  1. syukur tihah dah sihat.. memang kalau kita fikir kan kita susah orang lain lagiler susah...
    bab ambil hak orangtu ... akak selalu terfikir camnerler gamaknyer tak pahamker diaorangkan.. isyh...

    ReplyDelete
  2. chozilla- betul kak, mcm2 cerita sepanjang 4 hari saya d wad, rasa diri dah susah sgt dah, rupanya, kwn sebelah katil tihah lagi la, anak OKU, baby lagi, lepas anak lahir kena cerai dengan suami sbb suami tak suka anak oku..anak2 dah la ramai 6 org.. menangis saya dgr cerita dia.. lagi berat dugaan allah untuknya..

    ReplyDelete
  3. Insha'Allah...Allah nak turunkan lebih rezeki untuk kita, tu yg dugaan datang menimpa2... janji kita kena yakin dgn Allah

    ReplyDelete
  4. sama lah, part ambil hak orang tu kadang-kadang kita tak perasan, dari nak pujuk/happy kan anak sendiri tanpa sedar kita rampas hak org yang berhak. TQ Bel, lepas ni kena selalu ingat.

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh.. Berkorban apa saja untuk anak.

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK