nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Friday, September 14, 2012

Jenjalan Cherating & Kuantan

Jenjalan ke Cherating & Kuantan,

Nak kata jenjalan idak la jugak,

Isnin haritu sebenarnya asben aku kena mengajar peserta kursus ke Cherating Pahang,

dari bulan lepas lagi, bila asben aku ckp yg dia akan ke cherating, aku memang dah tergedik2 dah,

yang menampakkan kegedikkan aku ialah Fatihah tetiba lak cakap yang 10-12 hb skolah dia cuti sebab budak darjah 6 UPSR, so, tarikh dan canteeekkk punya,

walaupun duit agak kempam kempus dek krn baru abis raya,

aku tak kira, aku terjah jugak...

Isnin Travel day..

perjalanan yang renyai-renyai..


kami tak de idea lansung kat mana cherating,
ikut google map..
tapi hampeh..
dia bawaknya kami ke tanjung lumpur kuantan,
yang punyalah jauh dari cherating,

tanya orang sana tanya orang sini,

sampai jugak kami kat
SURIA CHERATING BEACH RESORT



asben dapat bilik suite
cantik...


Katil dia pun besar..
puasla anak2 bergolek2..


budak2 nih kalau ada bath tub,\
memang gini,
jakun tak tentu arah,...


suasana, dan bilik memang cantik,
tapi makanan tak sedap...
tekak aku larr,
kalau tekak org lain aku x tau larr..

apapun, paling penting kalau ke hotel
hotel itu wajib ada swimming pool..

aku lupa lak tangkap gambar swimming pool suria cherating nih..
tapi hotel nih ada kawasan lautnya sendri..
ok gak,
cuma tak leh mandi sebab banyak obor-obor..


time nih kami x tau lg byk obor2..
gi la terjah ngan kompiden nya..
sib baik x kena sengat..







peace yo..


gedik...


aktiviti biasa,
bina istana pasir..
dalam dok korek2 pasir,

tetiba terjumpa ini..
sangat cute ok..


penyu..
mac am hampir mati..
kesian kami tgk,
tapi asben lepaskan dalam laut balik,
harap ia dapat sihat membesar bagai johan..yeahhh


ha, tengok bukti yang laut nih banyak jellyfish,


memang banyak beb..
memang nasib baik kami tak kena sengat..



nih antara yang dah mati..
comel,
aku pegang gak,
memang macam agar-agar..



macam jelly kan..



dah puas bercuti,
dan asben pun dah abis mengajar student kursus,
kami terjah ke kuantan lak,
sebabnya malas nak balik KL lagi...

anak2 pun macam tak puas bercuti...
round punya round,
bermalam semalam kat seri malaysia kuantan..

separti biasa sebelum chek in mesti tanya ada swimming pool tak..??
penting yang amat utk anak2 aku..


pool dia baru buat,
kecik,
tak puas sangat macam suria cherating kat atas..
jadilah dari takde..


kejap jek anak2 aku dah jumpa kawan baru...


dan malam aku makan kat satay zul
sedap sangat makan dkt situ,
aku terlalu taksub dengan mkn2 kat satay zul tu sampai lupa tangkap gambar...
kalau sesapa ke kuantan leh la try satay kat sana yg mmg kelass,
dan nasik impitnya yg sangat sedap...


p/s:- asben aku kata jangan upload...tapi aku degil nak upload jugak... gambar dia sebelum gi mengajar budak kursus kat cherating..



hehehe.. ampunkan daku cyg..hehehe
percutian nih pasti tak menjadi kalau abg tak kena mengajar disana,

len kali kerap2 lg mengajar ok,
 dan paling penting pastikan mengajar tu time budak cuti skolah,
kalau tak, tak de la daku dapat mengikut seperti kebiasaannya..huhuhu


insyallah,
tempat yang menaripasti kami akan terjah kesana lagi..
borong kepok lekor banyak2 lagi...:)


2 comments:

  1. Best dapat buat keje 2 in 1.. keje dan jalan2... :) obor2 tu kat pantai bagan lalang pun banyak.. hari tu anak2 main lagi.. kecil2 je obor2nya.. bila pegang mmg cam jeli.. jeli kelapa.. erkkk.. heheheh..

    ReplyDelete
  2. jasnani- bagan lalang selangor ek..?? bahaya kan obor2 nih..?? byk gak ek kat malaysia..tapi best pegang dia, lembut..

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK