nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Tuesday, September 25, 2012

Diari keguguran ku Part 3 Punca keguguran..

 As salam,

bersambung dari
http://amnybelle2606.blogspot.com/2012/09/diari-keguguran-ku-baby-ku-sudah-tiada.html
dan
http://amnybelle2606.blogspot.com/2012/09/diari-keguguranku-part-2-ia-belum.html

alhamdulillah,
meninjak hari,
lepas gi jumpa doc tentang nifas
dan makan ubat-ubatan yg diberi,
rasanya dah beransur pulih,
ubat xylid (yang  memang aku mkn dah hampir sebulan lebih)
dan metronidazole 200mg memang membantu..

dan

sampai sekarang aku amat fobia dengan ubat-ubatan,
mulai skrg aku amat alert dgn ubat-ubatan yg aku takkan berani amik tanpa nasihat doc..

sebab dari kajian demi kajian , eceh
aku rasa punca utama keguguran aku ialah UBAT..
aku nih konon nya nak kurus kan,
makan ubat kurus nih,
makan ubat kurus tu,
telan lak jamu membuang org kampung yg mmg dah tulis wanita hamil dilarang ambil..

okay, 5 minggu pertama kehamilan kita memang tak akan sedar yang kita hamil,
that why la kan,
betapa aku membelasah tanpa sedari,
mungkin itu puncanya,
mungkin terjadi dr ovum atau sperm yg tak sihat..


nih aku de petik sedikit info dari google, aku x dapat trace balik dr mana aku petik sbb byk sgt membuka info sana sini..

Gejala keguguran yang biasanya berlaku di awal kehamilan, memberi kesan mendalam dan amat ditakuti semua bakal ibu dan bapa, terutama yg amat menharap kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.

walaupun gejala keguguran ini fenomena biasa, tp kalau terjadi kerap,ujikaji terhadap pasangan tersebut akan di buat

Terdapat faktor terjadinya keguguran



1.kromosom / gen rosak

Gen ini tidak semestinya datang dari salah satu pihak atau kedua-duanya, tp semasa percantuman benih terdapat masalah dan kesalahan dan menyebabkan benih mereka gugur
Jika setiap kali mengandung dan mengalami keguguran , kedua2 mereka akan dikaji, dan jika didapati kromosom mereka abnormal, maka kes begini tidak dapat diubati, cara hanya penyelesaian hanya boleh dengan mengambil anak angkat


2.Penyakit dalam rahim

dikaitkan dengan endrometriasis dan fibroid boleh menyebabkan keguguran berulang2 kali walaupun mereka sudah mengandungs elama 4/ 5 bulan


3.jangkitan kuman pada darah


walaupun tiada simptom kesakitan terhadap wanita mengandung tp terjadi juga keguguran, biasanya darah akan dicheck dan didapati ada kuman dalam darah.kuman tersebut yg merosakkan kandungan
begitu juga sejenis parasit yg ada pada badan kucing, boleh menyebabbkan jangkitan kuman, oleh itu yg selalu mengalami keguguran digalakkan tidak membela kucing buat sementara waktu, kerana biarpun kucing anda bersih dan dimandikan, kuman tersebut tetap ada kerana a tidak nampak dengan mata kasar

4.gangguan makhluk halus


-banyakkan membaca quran dan selawat nabi


cara mengelakkan keguguran berulangkali
1.memperkuatkan pertahanan diri dengan makan vitamin C dos tinggi dan multivitamin E
2.amalkan pemakan sihat dan seimbang dan makan asidfolik serta vitamins ehingga 3 bulan
3.diberi cuti rehat sehingga 3 bulan untuk elakkan stress dan banyakkan berbaring serta tenang fikiran
4. elakkan persetubuhan kerana menyebabkan rahim kuncup dan mengundang keguguran

5. rawatan di hospital untuk memasukkan gantian darah protein untuk memperkuatkan darah

6.memperkuatkan rohani dengan dengan membaca ayat qursi sambil memegang rahim sehingga tidur


dan sekarang aku memang ada ambil vitamin C dan asid folik sampailah aku ada rezeki anak akan datang..
insyallah,

apa yg aku makan / jamu selepas keguguran haritu,


since aku guguran pun pada usia yg dah nak masuk trisemester kedua
so, badan pun dah kembang,
aku ada la amik jamu alfiat dalam tiga minggu pertama,
ok alfiat nih,
murah pun murah,
tapi skrg aku dah stop,
sbb aku tak nak la kecut sangat2,
sbb nak hamil balik cepat2 kan,
banyak lg balance jamu2 nih,
tak pe la,simpan kot2 ada rezeki waktu terdekat utk hamil balik, boleh makan balik nanti..

dan

Tonik Cap gajah,
mak aku yg soh minum,
org dulu2 mmg minum nih mak aku cakap untuk lancarkan peredaran darah,
aku beli kat senseh,
sedap gak,
rasa mcm ubat batuk

ok, la, since aku pun dah hampir pulih (alhamdulillah),
aku pun nak stop kan cerita ceriti tentang sad story nih,
harap ada rezeki,
untuk aku bercerita tentang indahnya kehamilan aku pada masa akan datang insyallah..


THE END




9 comments:

  1. macam2 punca boleh menyebabkan keguguran tu ye... get well soon ya.. :) sama la ubat afiat ni gak saya amik utk bersalin anak ke3 lepas.. this time tengok samada ubat ni gak saya beli atau ubat air mancur..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ada rezeki nnt..
    Sy TTC-ing gak ni. Dh 5thn kawen tp xde rezeki lg.. :) Jom sama2 usaha!! Yey!

    ReplyDelete
  3. jasnani- linda masa ngandung kedua dulu pun amik alfiat jugak, murah dah ok, tu yg pakai lg jugak yg kali nih..:)

    ReplyDelete
  4. daiadellas- insyallah, linda berdoakan agar Allah makbulkan doa kita, harap ada rezeki kita ngandung sama2, jangan lupa mkn asid folik ye walaupun kita belum hamil lg..:)

    ReplyDelete
  5. sedih kan, tapi x tahu nak buat camner, kena redha.....

    bestnye pregnant, windu saat2 itu.....

    ReplyDelete
  6. aminnnnnnnnnnnnnnn
    insyaallah kami doakan :)

    ReplyDelete
  7. saya dh 3 kali gugur.first 6 bln, second 4 bln, third 5 bln..sedih sgt.nak sgt anak tp takut gugur lagi.doakn sy yer.

    ReplyDelete
  8. Sedih kalau keguguran terjadi terutama anak pertama tambah kalau dah lama menantikan cahaya matakan.Apapun yg terjadi adalah ketentuan g terbaik dariNya..

    ReplyDelete
  9. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Punca Keguguran

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK