nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Wednesday, July 11, 2012

sepintas lalu diari kehamilan..

Sepintas lalu jadual kehamilan




Dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaupun kehadiran bayi belum dikesan.



28-hari kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di antara 12-16 bermula hari pertama kitaran haid.





Minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan dalam payu dara.





Minggu ke-5, saat yang sesuai mendapatkan ujian kehamilan. Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif



Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalama tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan loya.



Minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat juga discaj cair dari dinding faraj.





Minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan.Justeru peranakan menekan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap.





Kecenderungan keguguran juga terdapat di minggu 10. Pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. Ibu rasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan.



Pada minggu ke-11, ibu akan bertambah berat badan antara 1-2 kg.Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga.



Pada minggu ke-12,rasa loya dan pening-pening mula mengendur bagi sesetengah wanita.Risiko keguguran juga kian berkurangan.



Kemudian ibu akan ke trimester kedua. Pada minggu ke 13-16, ibu akan mulai menambah berat badan bila mana rasa loya dan mabuk semakin hilang.



Minggu ke-17-20, si ibu mungkin sudah bertambah berat hingga 5 kg. Ini boleh dikesan dari selera makan si ibu.Jantung ibu juga perlu bekerja 40-50 peratus lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan.



Pada waktu ini, semua orang yang melihat akan mengesahkan bahawa anda mengandung. Uterus terus menerus membesar.



Bagi sesetengah ibu, ada yang mengalami haemorroid pada minggu ke 25. Ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan atau doktor dimana si ibu melawat.





Sebaik saja ibu masuk ke trimester ketiga,tanda regang kelihatan jelas kerana uterus mengembang. Rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke 30 ke atas. Ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari kedua payu dara.



Semasa minggu ke 35, ibu sudah sukar untuk mendapat posisi tidur yang selesa. Dan pada minggu ke 37, ibu mungkin sudah menambah berat badan kepada 11 atau 12 kg.

Pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi.



Sesetengah wanita mungkin melahirkan anak awal dari yang dijangka, iaitu pada minggu ke 38. Rahim ibu biasa nya akan kekal sama pada dua minggu terakhir.Krem betis dan sakit belakang,kalau dialami,akan berterusan. Bila tiba minggu ke 40, ibu semakin bersedia untuk melahirkan..
 


p/s: utk 9 bulan nih, maybe post aku byk berbentuk gini.. so, layankan je la ek..:)

-*** alahan aku masih tak berkurang, mlm tadi seplastik penuh aku muntah..

8 comments:

  1. hamil?? last Su hamil 3 thn lepas. sekarang umur dah 36 tahun..rasa mcm dah nak pencen.. alhamdulillah dah penah laui pgalaman yg sgoh manis sms peknen.."__"

    ReplyDelete
  2. tahniah inda,

    moga dipermudahkan perjalanan 1st trimester ni yerk..

    ReplyDelete
  3. suhana- ni yg ketiga.. pas nih pencen dah kot..hehehe

    ReplyDelete
  4. wahhh besttnya nak terima anak buah lagi.. like like like.. emie pun ngandung anak ketiga jugak la ni dia mengandung 5 bulan dah hehe

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK