nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Friday, June 10, 2011

layanan macam pelacur..????

sebenarnya banyak hari aku terpanggil ingin memberi pandangan tentang ini...
korang ada baca tak aticle ini..??? dari surat kabar..???
ini aku ada lampirkan di bawah...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

RAWANG- Ketika ditemui wartawan, naib presiden kelab itu, Dr Rohaya Mohamad (gambar, kanan)




berkata, kaum wanita seringkali lupa bahawa sebagai “isteri yang baik” mereka juga perlu memenuhi keperluan suami di bilik tidur.
“Jika anda melihat di dunia sekarang, wanita dilayan sebagai objek seks ... dalam majalah, TV ... mengapa tidak mereka jadi objek seks kepada suami mereka? Ia adalah sah dan diharuskan oleh Tuhan.

“Seorang isteri yang baik adalah pekerja seks yang baik bagi suami mereka,” katanya lagi.
Pemimpin wanita sayap kanan Global Ikhwan Sdn Bhd itu juga berkata, selain menggalakkan wanita melayani suami, kelab itu juga akan mengadakan aktiviti seperti sesi kaunseling kepada ahlinya.
“Kita buka ahli kepada semua orang tidak kira bangsa dan agama. Kita akan adakan kaunseling kepada isteri, suami, dan kedua-duanya sekali,” katanya.
Selain itu, Rohaya juga menerangkan kelab itu ditubuhkan bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak seks suami, tetapi memenuhi tuntutan agama.
Katanya, seorang isteri yang solehah perlu memenuhi empat kriteria yang digariskan dalam Islam iaitu sembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatan diri dan taat kepada suami.
“Kenapa kita tidak mahu buat apa yang disuruh oleh Tuhan? Taat kepada suami. Untuk menjadi isteri yang baik perlu memenuhi keempat-empat kriteria ini. Malah dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut, ‘tunaikanlah walau di belakang unta’. Ini apa yang disuruh oleh Allah dan Nabi, jadi kita ikut,” katanya.
Ditanya mengenai jika isteri didera, adakah isteri masih lagi perlu mentaati suami, Rohaya berkata, seorang isteri perlu taat kepada suaminya dan juga membenarkan suaminya berpoligami kerana itu merupakan fitrah seorang suami.
“Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka.
“Setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Seperti kisah Firaun dan Asiah. Firaun suami kepada Asiah dan dia mengaku dia itu Tuhan. Tetapi, akhirnya Asiah masuk ke syurga,” katanya.
Rohaya juga berkata, apa yang kelab ini cuba sampaikan adalah sesuatu yang telah dipraktikkan oleh ahli-ahli Global Ikhwan sendiri.
Beliau juga memberitahu, walaupun kebanyakan ahlinya berpoligami tetapi peratusan penceraian di kalangan ahli itu adalah sedikit.
Malah, ibu kepada lapan orang anak dan isteri ketiga daripada empat itu juga berkata, 30 peratus daripada ahli Kelab Taat Suami juga merupakan pasangan berpoligami dan hampir 50 peratus ahlinya juga datang daripada kalangan kelas atasan dan minda terbuka serta golongan intelek.
Sementara itu, salah seorang daripada 10 pasangan pengantin itu, Hawari Hamid, 45, yang berkahwin untuk kali kedua bersama pasangannya Nurul Asyikin Sanusi, 22, berkata, beliau menyambut baik kelab tersebut demi keharmonian rumah tangga.
Selain itu ketika ditanya adakah dengan isterinya membenarkan beliau berkahwin dua merupakan salah satu tindakan ‘taat’ seorang isteri, beliau yang juga pengurus syarikat berkata, “dalam Islam dibenarkan suami berkahwin sehingga empat orang.”
“Ini juga salah satu cara untuk isteri tunjuk taat dengan membenarkan suami berkahwin lain. Isteri saya membenarkannya dan Insya-Allah dia seorang yang taat. Dia juga yang membuat urusan perkahwinan saya ini,” katanya.
Hawari yang sudah 20 tahun mendirikan rumah tangag dan hanya dikurniakan seorang anak dengan isteri pertamanya juga berkata, tujuan beliau berkahwin adalah ingin menambah zuriat selain mengikut sunah Nabi.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------




ok..ok..fullstopp tentang cerita di atas..

dan di bawah ini just pandangan peribadi aku yang mmg agak kolot ini...

ntah knp aku agak tak berkenan dengan statement di atas.. memang aku paham apa maksud dr rohaya tu.. layanan bagai pelacur kelas pertama.. means memberikan layanan yang terbaik buat suami tersayang..  walaupun aku x pasti mcmne cara layanan pelacur tu, tapi aku pasti memang semua isteri2 diluar sana cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik buat suami dan keluarga...dan aku juga sentiasa cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat suami dan anak2 aku, insyallah selagi aku terdaya..


ok, lets direct 2 the point..

isteri=pelacur kelas pertama...

pelacur kelas pertama- mmg job dia..x de keja lain dah, expert giler, kejanya melayan di sukan di air je la kan... x payah pikir lain2..tau2 dapat duit bayaran ribu riban, silap2 leh pakai ferrari umah banglo hasil dr itu....


isteri- bgn subuh, mandikan anak2, siap2 anak2, diri,suami, drive gi keja,
kerja sampai petang,balik kelam kabut,  mandikan anak2 siapkan anak2, tengok homework anak2, layan anak2 sekejap, susukan anak2..masak,buat air,basuh pinggan, susun pinggan, basuh baju, lipat baju, sidai baju iron baju, sapu sampah, buang sampah, lap lantai,  macam2 lagi kalau nak cita dalam sehari, leh pengsan...

adushhh..adushhh... leh x jangan samakan... letih eden nak describe.. macam isteri memang dicipta untuk dijadikan robot pulak kan...

dan dari aku baca Dr rohaya tu isteri ketiga... kenapa ye dgn isteri pertama dan kedua suaminya...??? pasti ada yg x kena... dan Dr rohaya pun ada madu keempat pulak...dan kenapa ye dgn dia sampai dimadukan...???

apa kata dari tubuhkan kelab taat suami macam tu,
(yang mcm bias ke pada isteri sorang jek kan),

 lebih baik kita tubuhkan kelab kebahgiaan suami isteri kerr, kelab keluarga gemilang kerr..

 yang mana melibatkan suami dan isteri take part dalam kebahgiaan keluarga kan...
 give and take la kata orang jawa kan..
supaya x la bebanan tu terletak kat satu pihak je..

macam-macam  kan...pendapat korang mcmne..???


kalau para suami nak tubuhkan kelab, agak2 apa nama ye..???hehehe

6 comments:

  1. aku mmg tk sokong langsung kelab nie...layanan kt suami hnya kita yg tau mana leh citer kat org...berdosa...pas tu ade ke sama kan status suci murni isteri dengan pelacur...tk payah le nk tubuh kelab2 semua nie...mmg dh jadi tanggungjawab isteri untuk mentaati suami...dh termaktub dlm Quran...kelab nie ditubuhkan untuk elak suami cari yg lain...kalau dh tertulis di arasy bermadu...layanan 1st kelas pun tetap bermadu...betul tak ben...semua ketentuan tuhan...tk yah le kelab2 semua nie...

    ReplyDelete
  2. walaupun lis tak kawen lagi, bagi lis suami isteri kena ada give and take. bukan isteri sorang2 jer buat semua kerja lelaki berlagak macam raja. dan bukan suami sorang jer nak jaga hubungan tapi isteri tak puas enjoy lg. benda ni dua-dua pihak kena contribute.

    ReplyDelete
  3. hmm.. mmg tak suka dgn statemnt tu.. pernah la terbaca komen org, knp tak ckp layan la seperti bidadari ke apa ke.. ni org laki ni, kbhgian dia seks aje ke? huh..

    ReplyDelete
  4. suri- tu la masalahnya president kelab nih pun bermadu dan dimadukan..camno tu..?? cuba lah pikir buat kelab yg lebih berfaedah untuk kekeluargaan, sama2 contribute, bukan hanya pd seks semata2..nih kelab utk mengajar teror seks plak..mcm2 tul lah...

    lis- betul tu lis, ksu mmg percaya pada konsep give and take.. sama2 ada kelebihan dan kekurangan, sama2 imbangi, dr situ lebih terletaknya kebahagiaan..

    sue- ntah la deme2 nih.. rasanya x suma suami anggap isteri sebagai objek seks semata2.. isteri perlukan suami, suami perlukan isteri.. deme2 nih jek yg beria2 nak tubuhkan kelab dan sekolah utk layanan pelacur kelas atasan nih x tau la ngapenyerr..mcm2...

    ReplyDelete
  5. Biarlah masing-masing dgn pendapat masing2.. yg penting kita jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri yang hanya kita yang mengenali siapa suami kita..berdoa banyak-banyak akan kebahagiaan kita dan berusaha..selebihnya kita serahkan kpd Allah SWT.Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. mmg tak setuju langsung dgn pendapat dr. rohaya tu....yg ptg kita tahu kedudukan kita dan tunaikan tanggunjawab kita ...

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK