nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Friday, March 4, 2011

jom derma darah

semlm, aku ke JPS Ampang, ada sambutan JPS world class..dan mmg aku tunggu2 sbb ada kempen derma darah...

korang pernah derma darah..???? bagi yg belum pernah:

Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’

di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal
bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung

byk lagi kebaikannya sebenarnya..korang try2 la google ye..

aku setakat nih dah 5 kali menderma..harap akan berterusan, insyallah..


sesiapa yg pernah menderma mesti tau buku nih kan..



inilah kategori darah aku..
kategori 'O'



perlu chekup dulu sebelum chek..

syarat2 utk derma ye..:

Sihat tubuh badan


Berusia antara 18-60 tahun

Darah bebas daripada sebarang jenis penyakit berjangkit

Mempunyai berat 50 kg ke atas

Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelumnya

Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya

Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik seperti tetracyclin, clindamycin dan sebagainya

Mempunyai tekanan darah dan kandungan Hemoglobin yang normal

Telah mengambil sebarang makanan sebelum menderma darah

Tidak terlibat dalam kehidupan berisiko tinggi (high risk : homoseks, biseksual, seks rambang, IVDU (intravenous drug users – penagih dadah secara suntikan) ataupun menjadi pasangan kepada golongan-golongan tersebut)

Pendermaan darah terakhir adalah pada 3 bulan terdahulu

dan

muka org yg nak donate nih..agak pucat sikit..


ini buku saya...


sebelum donate..sempat posing dulu..hehehe


antara kengkwn yg menyahut cabaran..


dan zaki hubby suliana sunshine

selesainya..hanya ini sahaja..


sikit jek..x sakit mana,
berbanding dgn penderitaan org yg nak menerima darah kita tu


dan
cenderemata buat penderma


alhamdulillah..


aku sentiasa berharap agar darah ku itu didermakan kepada ahli ibadah,
orang yg kuat sembahyang dan membaca quran
kalau xde pun xpe, janji dapat membantu yg memerlukan...
insyallah..









5 comments:

  1. alhamdulillah.. tahniah pn belinda :p

    ReplyDelete
  2. hehe.. ada juga gmbr hubby ku, baru kali kedua derma tu.. dapat buah ye? best nya.. su x pernah derma darah, berat x cukup.. :-)

    ReplyDelete
  3. angah- nanti dah cukup satahun lepas bersalin, dah leh join derma gak..

    sue- lepas bersalin aqil pon berat x cukup 45 lg kerr..??? eeeiii, bestnyerrr... jeles lak..hehehe

    aah, dpt buah..zaki xamik buah tu, sbb dia kuar kot pintu blkg...linda lak untung dpt 2 raga buah, sbb ada member malas bwk blk, so, dia bg kat linda jek..rezeki2..

    ReplyDelete
  4. jom derme dare (kata samy vellu)hu..hu...

    ReplyDelete
  5. salam , saya zira. Maaf kerana menggangu kawan-kawan.

    saya memerlukan bantuan/pertolongan kawan-kawan bagi pihak kawan baik saya. Beliau perlu mengambil darah di pusat derma darah bagi tiap-tiap bulan. beliau menghadapi penyakit kurang darah dalam badan (mudah pitam).

    syarat yang diperlukan untuk mengambil darah tersebut adalah dengan membawa salinan kad/buku derma darah kawan-kawan/ahli keluarga sebagai pertukaran/dikenakan bayaran.

    BANTUAN YANG DIPERLUKAN ADALAH:
    1)Salinan kad/buku derma darah (salinan perlu mengandungi butiran penderma serta tarikh derma)

    Salinan tersebut bolehlah diemailkan kepada mszirahkl@gmail.com.

    semoga dengan bantuan/pertolongan kawan-kawan, beliau dapat meneruskan kehidupan harian yang sempurna.

    saya mohon juga, agar perkara ini diwar-warkan kepada kawan-kawan anda yang berhasrat untuk membantu.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK