nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Thursday, December 2, 2010

Istimewanya wanita..panduan bersama..

pg tadi saya ada terbaca satu post kwn saya suri, dan amat tertarik dgn kata2 hikmah tu, sy terus cari dlm google, ada byk rupanya...
kat bwh nih saya cuma amik sikit2, yg mana boleh diaplikasikan pada keluarga sy...sesungguhnya amal ibadat sy mmg kurang..sy hanya bersembahyang cukup2 lima waktu, xada berusaha utk menambah lebih yg sunat2 + ext..
utk diri sendiri pun rasanya, saya mmg hamba allah yg lemah, sgt2 jauh dr nya..bila tgk kata2 hikmah sekurang2nya adalah yg boleh ditambah + cover sedikit segala kekurangan..dan harap diberkati olehnya...



Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Rasanya ini mmg dilakukan oleh byk ibu2...dan pastinya aku x ketinggalan..
setiap kali anak2 aku demam + sakit, mmg aku akan tidur2 ayam..mengawasi sedaya upaya, sentiasa demah dahinya ngan kain basah supaya bdnnya + kepalanya x panas sgt, takut dia kena 'sawan tarik' pulak...
dan tambah2 kalau fatihah yg demam lg la susah jaga,dr dia baby sampai la dah besar nih dia akan merengek sepanjang mlm nak aku peluk dia, usap2 bdn dia..pantang terlepas, terus dia menangis merengek mcm baby...



Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

ni aku xpasti boleh diterimapakai x,
sbb mmg betul aku yg mencuci semua baju2 dirumah, cuci, sidai, iron, lipat, tapi zaman teknologi nih, yg betul2 cuci ialah si 'mesin basuh' bukan tangan ku ini...tgn ku ini hanya menyumbat dlm mesin, dan bubuh sabun jek, tau2 dah bersih...hehehe



"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

memasak beria2 sampai berpeluh2 tu mmg selalu..:)



"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

aku mmg boleh menjahit mcm2 jenis baju boleh jait...ok, lepas nih aku akan cuba sedaya upaya jait baju anak2 sendiri..insyallah...


"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

anak2 aku sampai sekarang mmg aku yg mandikan + siapkan setiap ari setiap malam walaupun mereka dah besar2,
dan fatihah mmg aku tau dia memang dah boleh menguruskan dirinya sendiri sepatutnya...
tetapi walau sekalut mana pun, aku akan cuba buat sendiri, menguruskan dirinya..
ada adik ipar ku tegur ' knp x biar  fatihah berdikari, mandi sendiri, suap makan sendiri kan dia dah besar'...
jwpn aku 'ntah la'...
sbb bg aku air tgn ibu tu yg penting utk bg anak2 sentiasa rapat dgn kita...
rasanya sepanjang anak2 aku hidup nih boleh kira sekali dua je kot diaorang mkn sendiri
(kalau dkt nursery + kenduri tu xkira la ek), tiap2 kali mkn mmg aku akan suap, dan mereka pun akan mkn dgn byk kalau aku suap...

that all, byk lagi sebenarnya, kengkwn bolehla google sendiri utk dijadikan iktibar dan panduan kita bersama..



tp sebenarnya, apa yg kita lakukan, mestilah dgn ikhlas..kalau benda baik dan ikhlas mmg dijanjikan pahala..


aku seorang hamba yg sgt lemah, dan terlalu jauh utk ke syurgamu ya allah.. tp aku berharap padamu agar terimalah serba sedikit amalku yg tidak seberapa ini...


PS : dosa, pahala, syurga, neraka, segalanya hak Allah SWT...siapalah kita utk menentukan..kita cuma mampu berharap dan memohon sahaja...Allahualam...

8 comments:

  1. hebatkan wanita akak? dan mudah jugak wanita untuk ke SYURGA kalo kena dengan SYARIAATnya....
    insya'ALLAH

    ReplyDelete
  2. nids-paling hebat bila kita ada nikmat mengandung dan melahirkan...mmg betul2 syukur atas kurniaan itu..

    ReplyDelete
  3. Betapa bertuahnya menjadi wanita...

    dan begitulah....Wanita senang masuk Syurga dan sebaliknya....

    ReplyDelete
  4. rasa bertuah menjadi seorang wanita, ibu kepada anak & isteri kpd suami.. banyak pahala kita dapat selagi mana kta xderhaka/ikhlas dgn setiap benda yg kita lakukan sepjg hidup kita:)

    ReplyDelete
  5. bersyukur kerana menjadi wanita.. semoga kita sama2 mendapat keredhaannya dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai wanita..

    ReplyDelete
  6. mama olyn & hanis- mmg sgt2 bersyukur allah ciptakan kita sebagai wanita kan.. ya betul tu, yg penting segalanya kena ikhlas, xleh merungut2..smile...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    cam ne kalau ibu2 yang berjaga malam pasal asik dgn blog..hee

    ReplyDelete
  8. yan- errr, yg tu x diambik kira kot..hehehe

    ReplyDelete

pendapat kwn2 amcm..???

MAI LA KLIK