nuffnang

nuffnang

Followers

online user

Tuesday, November 25, 2014

Mahirah Beta

Mahirah Beta

Tak kan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar jengking dan ular bonda tak kan berundur

Nyamanlah Mahirah beta mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda tak jelas mata ambil yang sarat duri

Tidurlah Mahirah beta biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada tak kan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda tak kan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Tidurlah Mahirah beta biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada tak kan engkau tercela

Haaa..aaaa...aaaaaa...

Nyamanlah Mahirah beta mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata semua tak serupa

Haaaa...aaaa...aaaa.... Haaaa... aaaa....aaaaa...aaaa
Haaaa...aaaa,..aaaa.... Haaaa....aaaa...aaaa....aaaaa

Perit tak terbayang mata
Bonda tak kan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda





My Favourite Lullaby Song Now..

Monday, November 24, 2014

Fatihah dan Ilham Piano Concert 2014

23.11.2014
11.00 a.m
Malaysian Institute Of arts Wangsa Maju
Its Fatihah and Ilham Piano Concert..

apa yg agak special koncert kali ni berbanding yang lepas2..
kali ni, teacher request Fatihah jadi M.c,
Fatihah punyalah excited nak jadi m.c..
aku ni pulak yg risau,
dok terpikir2,
adakah Fatihah seperti ku..?? eceh..
yelah maknye kalau suruh jd m.c mau berpeluh2 mcm nak pengsan..
tgk Fatihah relax je,
bila aku yg gabra lebih, 
dia siap cakap, laaa mak ni, kakak ok je la, tak takut lansung pun..



Ilham dengan topinya..
ini pun special, 
Ilham baru blajar dlm sebulan, 
teacher ckp, ok, dah boleh masuk concert,
aku dok gelabah dah, betul ke teacher, krg serabut je,
teacher ckp, its ok, klau dia lupa, sayA naik bantu..


Fatihah tersenyum bangga nak jd m.c



sori gambar agak blur, 
mak gegel2 pulak tgk anak jd m.c..
in english pulak tu..
pdhal anak relax je..



Fatihah seperti biasa,
bermain dengan tenang dan confident..


Fatihah main dua lagu,
Brass Funfair dan Great News


Teacher Ng,
Teacher kesayangan Fatihah,
 ada sekali kena tukar teacher, 
mati2 taknak dgn teacher lain,
padahal, garang jugak teacher Ng ni..


Jeng.. Jeng.. Jeng..
paling debar,
abah siap konon nak keluar lagi tak sanggup nak tgk..hihihi
ye lah, sebulan je kot, baru blaja,
tetiba masuk konsert..
tersengih2 naik pentas..
mula2 main ok,
tapii ada terpelecuk satu note,
trus jadi tak betul

as promise,
teacher naik temankan Ilham,


teacher ada kat sebelah barulah lancar,
insyallah, next year adik dah makin ok,



Kemain adik bergaya ala2 Bruno mars




Last gambar kenangan bersama group Fatihah dan Ilham dan teacher Sia, 
Owner Praise House of Music


Kakak dan adik..


Snap..snap..


Suka kemain adik ye..



Hadiah Dari teacher..


p.s : Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.., 
anak2 happy, pelajaran sampingan buat anak2..
keputusan peperiksaan anak2 haritu pun amat memberansangkan
dan membahagiakan mak dan abah..
selain tu, Fatihah juga dan laju bacaan Al Qurannya.. target dalam tahun depan dah boleh khatam..
dan apa  yang penting sekarang, anak2 mak, jaga attitude,
jadi anak yg baik, dan hamba Allah yang taat..
aminnn









Monday, November 3, 2014

chak chak baby Faiqa Mahirah - 10 month

Nur Faiqa Mahirah
Penyinar rumah,
semua pun rindu-rinduan kalau tak jumpa dia,
baik, mak, abah,
kakak dgn abg dkt skolah pun,
balik skolah je mesti lari2 tak sabar nak jumpa 
kesayangan semua ni..

Minah senyum..
dia kalau senyum ye2 sungguh2..

Bangun idur je, 
mesti trus sengih,
mcm mentari yg menyinar.. 
eceh, bahasa mak, over tauuuu.. hahaha


Muka sengih budak busyuk bangun tido..


nampak gigi 5 batang..



aummmm,
gigit kang baru tau..
sedapnya bau dia bangun tido,
bau busyuk2 masyam tu yg geram nak gomol tu..

dah2, mak dah kerinduan dah kat opis ni,
mcm nak terbang trus je ke rumah cium dia..


Selamat Pengantin baru Poksu

Adik last and ever belah asben
setlle dah semua,
Alhamdulillah,
Syauqi Hamdan pok su kesayangan anak2 sedara dah kawen..
dengan orang melaka..


17.10.2014 Jumaat Malam, Bukit Katil Melaka
amik cuti sehari, 
bergerombolan ke melaka, 
sewa homestay 


Mak dan anak..
macam adik beradik tak..??
waaaaa perasan.. hahaha

Ceria-ceria,
cik jue, maklang, dan adik/ nini hamdan yg dok amerika tu balik (pakai spek)




 dua kali akad,
settle, alhamdulillah..


Budak tecik ni tido je sepanjang majlis..
penat je pakai baju sedondon tau..


Esoknya hari persandingan belah perempuan..

Syauqi Hamdan dan Teera Razak


Kalau leh zoom kepala aku dok kat atas engkolok aki,
kemain rancak menyembang..
penuh perasaan muka sengih..

comei tak..??
Ilham gaya tension asik tangkap gambar je dr tadi..
asben lak sesat pakai tshirt buruk,
baju melayu asben lupa bawak..hihihi
dan baby faiqa pulak hampir kesemua gambarnya dkt pelamin dok pandang atas,
dia dok geram dengan bunga2 jurai2 atas pelamin tu,
apapun kakak fatihah je yg maintain..
(kakak dgn abah mmg potostat sungguh muka depa)



Aku suka gambar ni, tapi Baby Faiqa pulak pandang atas..Grrrrrr


Percubaan pertama mak pakai tudung Fareeda,
sumpah mak tak selesa,
rasa serabut, asik melorot je kedepan..

mak control muka supaya udung tak melorot..
mcmne eh korang geng, bg tudung ni tak melorot..


25.10.2014 persandingan belah lelaki (johor a.k.a rumah kami )
aku tak tangkap gambar byk,
kalut je, mcm2 kena buat, 
Tema pink belacan

Comel la adik2 ksu ni..

Fify adik ipar aku,
inilah geng dapur aku ni..

Taraaa, aku, 
no caption la,


Selit skit gambar Uncle Wahid a.k.a dato sri wahid omar
pakcik belah asben,
tak sempat nak gambar betul ngan dia, masing2 kalut..

so, itu je gambar yang ada dalam simpanan aku,
nanti dapat gambar yg proper,
gambar yg dari photografer..

kiranya post ini akan bersambung la eh.........


Friday, October 3, 2014

Masak Bubur bayi Dengan Slow Cooker

Lama dah nak buat tajuk ni,
sebab ramai kwn2 yg tanya,
mcmne, apa, bagaimana, bila,
bila dah update blog pasal ni, 
senang,
just bagi link je, kwn2 dah leh tgk gambar..

aku tak la terer masak pun,
tapi makanan anak sedaya aku buat sndri,
ada lah jugak bg nestum baby tu,
tapi seingat aku baru brp kali ntah, 2-3 kali kot, utk try2..

lagipun tak elokkan bagi anak nestum tu kerap2..
kesian ke anak..
kecik2 lagi dah makan makanan segera..
so, better la buat sndri makanan utk anak,
disamping leh eratkan lagi, air tgn ibu dan anak..

utk ibu2 yg rajin2 pemalas mcm aku ni,
eloklah kiranya ada slow cooker ni,
senang sangat..


amat mudah..
malam sblm tido,
boh beras skit, air,
sagat laju2 carrot,
sagat jugak, salmon ke, daging ke, ayam ke,
letak ke auto,


yg ni aku boh carrot, bayam dgn ayam..


esok paginya,
ngam2 soi kata org cina,
betul2 baru masak pagi tu,
so, boleh la hantar ke taska stgh,
dan stghnya utk suap baby petang pulak..
jangan risau ye mommy,
petang ke malam ke masih bertahan elok lagi bubur tu,
sebabnya its consider baru masak pagi tu,
walaupun kita mula jerangnya malam tadi..,
itulah keistemewaan slow cooker nih.. 



boh dlm bekas,
aku suka bekas ni,
comel, kecik je, ngam2 utk bubur baby,
pastu stainless steel,
nnti taska nak panaskan, just rendam je mangkuk comel ni dlm air panas,
jap je dah panas,

nampak mcm besar je bekas ni,
tapi sebenarnya,
kecik molek je,
cuma bubur tu yg sikit,
faiqa tak makan banyak,
kalau paksa2 banyak karang dia muntahkan semua skali,
lagi rugi,
so, agak2 suap, pastu dia paling muka taknak, dah la,
mak tak paksa dah..
(perangai gini sebijik macam abg ilham dia masa kecik,
membawa ke besar dah, makan sejemput je)..


comei tak bekas,
mak jait dengan penuh kasih sayang..
beria2 mak jait..
suka tauuuu..
perasan sndiri..hihihi


budak mata besar yg comot..
muka kecik,
mata jek dah stgh dari muka..


comot comel..
suka betul minum air kosong dengan sudu..
kalau mak lambat bagi air kosong tu,
dia siap gigit2 tepi mangkuk lagi..



p.s: beria mak masak pun badan faiqa tak naik jugak,
beza dgn dia lahir 4 kg++..
mau nak naik, sehari sure berak 3-4 kali, 
kira normal la bg dia,
benda tak sempat nak jadi lemak,
dah kuar balik dah..








Monday, September 22, 2014

Kesayangan demam..

Kesayangan rumah,
penyinar ,
Faiqa Mahirah demam,
dia demam semua jd muram,
abang dengan kakak pun sedih,
kakak tak habis2 cakap,
faiqa baik la cepat..


merengek je dia..


Mak sampai tak tidur risaukan dia..


suhu badan dia selepas demah dgn air,
kalau sebelum demah 39.7,
tinggi, sampai mak tak tidur malam,
duduk je jaga dia, takut terlena, badan dia makin panas nnti tak sedar

susah nak tgk dia diam mcm ni,
kalau tak ada je kerja dia..


melekat mcm anak kangaroo dah,
mak nak masak pun susah..


kami rindukan ini..


mesti kacau kakak dengan abg


kesayangan kakak,
kakak klau tgh skusyuk buat apa2 pun,
kalau faiqa kacau tak apa je dia..







Cepat lah sembuh sayang,
rindu noty2 adik..

MAI LA KLIK